JellyPages.com

Saturday 25 January 2014

Kisah Seorang Wanita Cina Yang Tabah

Nur Aliya si penulis cerita, lokasi berdekatan Vista B dan A.
Maaf sekiranya tudungku agak berserabut. hehe


Hello yeah! Hari ini aliya mahu menulis sebuah cerita yang ditulis dari hati :)

Mungkin bagi korang cerita ini tidak seberapa kalau korang nak bandingkan dengan cerita cinta yang sweet and sweat kat novel tuh. hahaha, Sorry, Aliya bukan peminat novel yg tegar!

Suatu ketika Aliya senang berjalan seorang diri di petang yang dingin, Aliya dikejutkan suara oleh seorang perempuan yang dalam lingkungan 50 an or maybe 40 menyapa Aliya dengan senyuman mesra.

Aliya seakan terbungkam tanpa kata, mencari-cari arah siapakah wanita yang memanggil Aliya. Memang menjadi tabiat Aliya untuk menunduk ke bawah ketika sedang berjalan. Mungkin kisah ketika zaman kanak-kanak, Aliya acap kali terjatuh membuatkan Aliya berhati-hati ketika hendak melangkah. Memandang ke tanah melihat jalan2 yang mungkin membuatkan kita jatuh tersungkur.

"Hai adik, nak pergi mana?", kata perempuan tua kepadaku. Aku memandang ke atas, "Oh, saya mahu balik ke rumah", jawabku tanpa menunggu.

Itulah perempuan yang ingin aku perkenalkan, cukuplah aku memperkenalkan dia bernama Mrs E.

Sepanjang perbualan. dia kerap kali memegang erat jari-jemariku yang kecil. Dia seolah-olah sangat menginginkan seorang peneman. Pada waktu itu, sedikit cuak juga aliya sebab aliya x kenal siapa Mrs. E, tetapi sedikit sebanyak Mrs. E ibarat ibu yang sangat dahagakan kasih-sayang dari seorang anak.

Aliya akui Aliya baru kenal Mrs. E. Dia mungkin orang asing bagi orang lain. Tapi bagi Aliya dia seorang wanita yang tabah, yang penuh dengan dugaan. Wanita yang tabah seperti dia memang sukar dicari. Dia juga seorang yang cintakan alam sekitar.

Melewati bait-bait kata Mrs. E, "Aliya, saya sangat rindukan anak buah saya. Dia dah belajar jauh. Pergi US sana, saya hidup keseorangan, boleh kalau aliya anggap saya mcm ibu?"

Mrs.E tidak mempunyai anak. Dia mahukan anak yang boleh menjaga dia ketika dia sudah tua. Dia juga mempunyai seorang ibu yang sedang sakit. Hiba aku mendengar ceritanya. Dia bercerita, dia mahu berkawan, tetapi tinggal di KL tidak sama seperti tinggal di kampung yang penduduknya sangat mesra.

Inilah dia kehidupan di bandar. Aku turut merasakan apa yang Mrs. E rasakan. Di sini, tidak semesra tika duduk di kampung. Mungkin orang-orang di sini lebih suka membuat hal sendiri.

Aku terharu akan kejujuran Mrs. E menceritakan tentang kehidupannya kepadaku. Walaupun baru pertama kali kami berjumpa, dia mengganggap aku seperti anaknya. Dia sangat dahagakan kasih-sayang seorang anak. Mungkin aku bukan anak yang baik. Tapi aku mahu Mrs. E tahu yang bahawa aku juga akan menyayanginya seperti ibuku sendiri.

Pertemuan yang singkat telah membuka mataku tentang ibuku di kampung, lantas ibuku menelefon akan perihal diriku. "Emak, tadi angah jumpa seorang perempuan cina, dia mahu angah menjadi penemannya", kataku kepada emak.

Mujur emakku seorang yang sangat memahami. Emakku juga seorang yang sangat penyayang. Aku sangat bertuah memiliki ibu seperti beliau. Beliau tidak pernah mengongkongku. Ketahui lah, aku sangat menyintainya sepenuh hatiku. Tiada taranya :')

Mengakhiri kata-kata dari Mrs. E kepadaku, "Aliya, jadi perempuan kena kuat dan belajar bersungguh-sungguh ye, tika waktu kita berjumpa. Kalau Aliya ada masalah, sebagai seorang perempuan, Mrs. E sedia mendengar".

Hatiku hiba. Aku tidak menyangka Allah telah mempertemuakan aku dengan seorang warga cina yang begitu tulus hatinya dalam waktu yang singkat. Aku bersyukur kerana mungkin ini rezekiku. Bertemu wanita yang hebat. Rezeki dan pertemuan itu memang tidak disangka-sangka. Akhir pertemuan, kami bertukar-tukar nombor telefon, berharap tika waktu, masa menentukan untuk kami bersua semula.
Pls: Jadilah anak yang baik kepada orang tuamu, sayangilah mereka sewaktu mereka sedang sihat dan sakit. Jagalah mereka seperti mereka menjaga kita sewaktu kita masih kecil. 
Yang ikhas,
Nur Aliya

No comments:

Post a Comment