JellyPages.com

Wednesday 8 July 2015

Kegiatan Ekonomi Di Kampung Kami :)



Assalamualaikum...

         

Hello, dah lama kita tidak bersua :D


Hari nie aliya nak bercerita sedikit perihal Kampung aliya iaitu Kg Parit Hailam Darat aka PHD. Haaaa, PHD??? Jangan memain, kita org walaupun orang kampung tapi kita org ada phd! HAHAHA

Takdela aku gurau je, itu hanyalah nama yang seangkatan dengannya. Itu pun ayah aku la yang cakap kat aku. Orang2 kampung sini ada PHD ngah. "Yeke bah?" Tanya aku untuk mendapatkan kepastian yang kukuh. "Iye, Parit Hailam Darat singkatan dia apa?" abah menyambung. "Ahah la, PHD. HAHAHAHA, kelakar la abah ney" ketawa aku berdekah-dekah.

Itulah cerita di mana PHD bermula. Okay, stop pasal PHD. Ijazah pun aku lom lepas lagi ada hati nak ambil PHD? Erm, relationship goals kalau nak ambil PHD. hahar, maksud aku kalau ada org yg boleh guide aku lol. Ko henggat aku penyabar sangat ke orgnya. Kalau tak jenis yg mudah mengalirkan air mata mmg bukan aku la jawabnya walaupun pada mata kasar aku nie seorang yang tabah.

Okay, titew mau cenggete pasal Kampung aku yg indah dan aman permai ini. Jap eh, aku nak zoom kelapa sawit jap sbb kelapa sawit tuh tepi rumah aku je pun. 


 Ha, inilah kelapa sawit yang diagung-agungkan.

Sungguh kau kelapa sawit, tegak berdiri, daunmu ibarat pelepah yang keras dahannya, daunmu menghijau menerangi ruang angkasa. Apabende sajak A. Samad Said aku cuba sampaikan ney, Agak kene reject ayat kejam oleh beliau. Sobs sobs sobs

Sebenarnya aku ada kerja, kerja aku temankan adik aku buat PT3. Apa itu PT3? Entahlah, aku pun tak berapa pasti, tapi apa yg aku tau PT3 tuh ujian peperiksaan mcm pmr, cuba kene tukar PT3. Daq2 sekarang kan, macam2 dia punya skema peperiksaan, Bersyukur la batch2 aku dan yang sebelum kene ambil PT3 tuh sbb pmr takdela susah mana kan. Hmm, tapi itu pun tak dapat straight A's :(

Aku bersama adikku yang bernama adilah yang agak mengada orgnya pun pergi ke kampung-kampung yang berdekatan untuk tangkap gambar. Mcm2 gambar ada, hehek, guna kamera aku, tp biasa je sebenarnya hp aku ney guna duit gaji aku keje sebulan lebih beli hp baru aritu :P



Kalau nak tau inilah dia restoran depan kg aku namanya jeng2
"Selera Di Hati"

Kira ada jugak penduduk kampung yang berniaga membuka gerai restoran dekat2 sini. Ada banyak lagi, tp aku bg yg dekat2 je, buat apa nak jauh2 sangat kan, dah la time2 puasa nie, korg nak suruh aku berjalan jauh mmg takla, putus urat2 kening. haha

Dah stop cete pasal restoran, pasal makanan-makanan nie, korang kan puasa, tak sedar2 ea? haha. Sekarang nie aku nak cerita pasal macam mana nak buat otak2. Huh! Bukan otak2 sama dengan makanan ke? Otak kau mana ada 



Kalau nak tahu Syarikat Nian Hup Sdn. Bhd nie la buat daun pisang otak2



Hai makcik berbaju merah, tengah buat apa tu? I like your red shirt. Hikhik



Hati2, kena pakai sarung tangan



Proses terakhir, daun pisang yang sudah siap di ikat



Inilah daun otak2 tuh, korang pernah dengar otak2 kempas?

Habis selesai cerita otak2 kita cerita pasal kilang benang. Jyeah! Kilang benang nie kira dekat2 dengan restoran di hati. Ko jalan belah kanan sikit, sikit je, dah sampai :D



Inilah dia kilang membuat benang

Sorry la, gambar tak jelas sangat almaklum la hp murah tak cam awaaa. hahaha. Aku pun lupa kilangnya apa tapi agak tersergam indah la kalau diikutkan sbb kilang tuh dekat2 ngn kampung aku. Ada juga penduduk kampung yang bekerja situ, membuat benang. Ada cara dia nak membuat benang, macam mana proses membuat benang. mcm tulah. Selain itu, ada gak mesin pencetak yg untuk mencetak tulisan. Jap eh, aku tunjuk ada model kat sini



 Hai, bersama saya kita meninjau mesin pencetak :D

Ha, kalau nak tahu aku nengok2 kan adik aku interview pakcik ney mcm mana nak buat cetakan pada kertas. suka hatilah nak cetak tulisan apa pun asalkan tulisan yg baik2. 



 I love Johor :P

Alamak, kenapa Sabah? Kenapa tak Johor? Mana la aku tau, korang nie ish2. Inilah dia contoh cetakan pada mesin tersebut. 100% cotton tuh, made in Malaysia. Apalagi, sape2 suka mencetak-cetak pergi la ke kilang nie. Hihi



 Yang ini pulak cara memproses benang2, aku pun tak tau mcm mana nak terangkan



 Mesin membuat benang



 Inilah dia benang yang dah disiap

Okay, dah sudah cete pasal benang, kita cerita pasal pokok cili pulak. Ada penduduk sini yang suka menanam secara kecil-kecilan iaitu, di belakang rumah, di tepi rumah, mahupun di tepi kiri rumah.



 Cili yang masih hijau



 Cili yang sudah merah



Cili di tepi rumah



Cili di belakang rumah

Lepas cete pasal cili kita cerita pasal pokok rose pulak. Jangan korg igt cete Ariana Rose pulak atau Mr. Rose lecturer aku, ini rose bukan main2 punya ini rose betul2



 Bunga rose yang sedang mekar



 Bunga rose yang cantik berwarna merah :D



 Banyaknya pokok bunga roseeee

Cantik kan pokok bunga rose? Kalau nak tahu pokok bunga rose nie kita boleh buat air sirap tau. HAHAHAHAHA, semua org tau la aliya pokok rose boleh buat air sirap. Biarlah, aku cuma cakap je, info jugak tu kan. Itu jela aku tau pasal pokok bunga rose. Selain tu mungkin korang boleh bagi bunga rose nie kat pasangan korang maybe? Tapi jangan main petik je, pokok orang nie, kalau ko nak sangat beli sendiri :P

Okay la, tu je aku nak cerita, best tak kampung aku? Best apanya kg dia tu, bosan ada la, dah la duduk kat hutan. Hoi!!! ko cakap baik sikit ea, aku dok kampung tak bosan tau, biarlah, sukahati aku la nak duduk kampung pun. Tak jem, tak ada tol, haaa, lagi best tau. hahar



From yang Famous : Nur Aliya ;)