JellyPages.com

Saturday 25 January 2014

 PEARL HARBOR 2001

                                              Hero and Heroin cerita Pearl Harbor

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian manusia.

          harharharhar. Mesti korang pelik kan asal lak si aliya nie pegi letak gambar hero n heroin cerita pearl harbor. dah mood ak baru pas tgk cete tuh. actually cete tuh sebuah cerita sejarah US ngn Jepun tp diselitkan la juga cerita percintaan antara pilot ngn nurse secara tetibe. haha

          Actually kisah ini jugak berkaitan ngn kisah cinta 3 segi jugak la antara Rafe/Danny/Evelyn. Tp dalam gambar tuh Danny la ngn Evelyn. Sebenarnya Rafe dapat Evelyn dulu tp sbb si Rafe terpilih untuk membantu pihak inggeris menentang pihak jerman, so dia kena la tinggalkan evelyn kan. mase tuh sedih giler kot korang sbb dorang baru kenal dan baru jatuh cinta tetibe je si rafe nak tinggalkan mcm tuh jea?

          Tapi disebabkan cita-cita Rafe yg sangat tinggi menjadi tentera udara sejak kecil membuatkan Evelyn terpaksa akur. Mereka berhubung melalui surat. Malang tidak berbau, pesawat Rafe tertembak dan jatuh ke laut. Danny, rakan baik dari kecil kepada Rafe memberitahu perihal kematian Rafe kepada Evelyn dgn tenang. Danny jugak la yg gembirakan Evelyn, cuba untuk membuat Evelyn tertawa.

         Namun, kecantikan yang dimiliki oleh Evelyn telah membuatkan Danny tertaut padanya. Kira mcm kes merampas2 ar nie kan. Tp si Rafe dah mati, mungkin Danny menjadi pengganti hidup Evelyn. Mereka hidup bahagia sampai la si Evelyn mengandungkan anak si Danny.

          Meniti hari2 bahagia bersama, namun kehadiran semula Rafe telah membuka cerita lama antara Rafe dan Evelyn. Kehadiran Rafe juga telah membuatkan Danny dan Rafe berperang besar Di sebuah cafe kerana Rafe menyangkakan si Danny telah merampas Evelyn darinya. Mase tuh weh, seram kot tengok dorang gaduh nie. Kawan baik bergaduh..................... :(

          Habis hura-hara kafe tuh sebab dorang bertumbuk kat situ. Tp satu perkara la ak nak tanya korang la, kalau korang pandai meneka, agak2 Evelyn tuh pilih sapa? Rafe ke Danny? hurm, kalau korang la, korang nak Evelyn pilih sape? haha

          Si Evelyn pilih Danny kerana Danny adalah anak kepada kandungannya dan Danny juga adalah lelaki yang dia cintai. Walaupun dengan pedih hati, Rafe akur dgn keputusan Evelyn. Rafe x sangka Danny sanggup mengambil perempuan yg dicintainya. 

          Pada Rafe, Evelyn yang menyebabkan kenapa dia mahu hidup kat dunia nie. Kenapa dia berusaha menyelamatkan nyawanya walaupun dia tahu bahawa dia akan mati. Ini semua sebab nak hidup bersama dgn Evelyn. "Evelyn, you keep me alive" :')

         Namun, segala-galanya telah terlambat. Danny telah berjaya menawan hati Evelyn. macam tuh la cerita dia. sedih kan weh. Ceritanya x abis lagi. Nak dijadikan cerita lagi, si Jepun telah menggempur Pearl Harbor dan telah memusnahkan seluruh Pearl Harbor.

       Sebagai seorang tentera udara, Danny dan Rafe telah dipertanggungjawabkan untuk melawan balik Jepun. Sekali lagi Evelyn ditinggalkan. Danny pulak tinggalkan dia. sedihnya la...... tp nak wat cane kan. dah cerita dia camtu. haha (jahat pulak ak, pegi gelak)

         Eh, mesti korang ingat ak x rase pape kan, actually ak sedih la tengok cete tuh. Ramai orang awam mati akibat negara berperang. Tapi ada yg lagi sedih. Ketika saat mahu berangkat, Si Danny sempat bercakap dgn Evelyn, tp Rafe hanya memandang sahaja. Sedih kan kalau jadi Rafe? :(

       Akhirnya pesawat mereka jatuh terhempas dan Jepun berjaya mengesan mereka. Si Danny cedera parah. Si Rafe cuba menembak askar Jepun dgn pistol tp dah habis peluru. Jadi, Jepun pun nak tembak Rafe. Si Danny yg nampak Rafe nak kene tembak, so dia pun berkorban. Banyak gila peluru kena kat badan dia. Danny mati kat situ juga. 

          Akhir kata2 dari Danny, dia mahu Rafe menjadi bapa kepada anaknya yang bakal lahir. Mendengar berita kematian Danny membuatkan Evelyn rasa bertambah sedih namun berjaya ditenangkan oleh Rafe. Akhirnya, Rafe dan Evelyn hidup bahagia bersama dan anak yang dilahirkan diberi nama Danny sebagai mengingati mendiang Danny. Lepas tuh Rafe bawa budak Danny naik helikopter. Comel je weh.
Tp sedih oooo cete nie T_T

P/S: kalau jodoh tuh x kemana kan? Akhirnya Rafe dengan Evelyn :)



From yang FAMOUS : Nur Aliya ;)

No comments:

Post a Comment