JellyPages.com

Monday 19 October 2015

Resepi Memikat Hati Abah

Assalamualaikum...

Seindah suria yang membawa cahyaaaaa

Hello everyone, kita bersua kembali bersama saya dalam segmen resepi memikat hati abah :)

Okay, mcm mana nak mulakan cete ni erk? Sebenarnya aku yang teringin nak makan, Eh, spoil betul la ingatkan mmg nak masak betul2 tok ayah dia. hahahah

Alah kau ni, biasalah kan perut kecik cam aku ni kuat ngidam, memacam la, kekadang tu, sampai mengidam nak makan roti pun ada memalam. Padahal roti gardenia je pun, yg senang dihadam dan dikunyah-kunyah.

Okay stop, kita nak cakap pasal puasa sebenarnya, puasa lepas kan, aku ada cete pasal kg? So aku nak cete pasal aku teringin nak makan puding karamel. Sbb teringat wey ada sorg pompuan ni mmg terer buat puding karamel kat pasar sungai besi, kat KL tu, nak tahu siapa? Carilah, maka kau akan bertemu jodohmu. kahkahkah

Masa kat kampung kan aku dok pikir cemana nak dapat bahan semua, nak dapatkan resepi, almaklum la budak baru belajar kalau salah tolong? Tolong tengok jela, takyah banyak bunyik aku tau puding karamel aku siap.

Aku pun ajak la adik aku namanya Mohd Azree yang handsome lagi kacak bergaya ala2 maskulin gitew menjelajah ke pelosok kedai2 runcit (padahal kedai ino je pun) dekat senggarang. Masa tu kita org naik motor dan sempat aku search2 cemana nak buat puding karamel ni.

Nak tahu aku search katne? Search kat cc la wey, apa lagi. Time masuk cc budak2 semua pelik apehal la ada minah masuk dengan helmet tak bukak, "Ada kosong tak?" aku tanya.

Jangan ingat bebukan pulak, aku nak pastikan ada tempat kosong tok aku search maklumat. Biasanya, tahu jela kan daq2 main game counter strike abis la takde tempat aku nak carik resepi.

Mcm biasa, keyboard yg aku dapat mesti keyboard yg ek eleh yang huruf dia hilang2. Kuang ajar betul, sapa yg menyusahkan hidup aku ni??? Eh lupa plak bukan keyboard aku, lalu aku pun memulakan langkah mencari resepi.

Adik aku Azree duduk kat sebelah aku, angah boleh tak tolong Azree carikkan gambar cikgu suruh? Alahai, kesian adik aku ni jenis tak reti meminta, kalau mintak pun dah depan mata baru mintak. Kesian jugak kekadang dia susah carik maklumat almaklum la zaman IT ni, kampung takde line, bukan takde line je, kau nak dapat mesej esok pagi baru sampai. Blurghhh, line maxis je tak ok, digi celcom ok kot agaknya, tu pun 1 bar je dapat. Hahar

Alright, kita cuba usha jap bahan2 masakan


Bahan masakan dari kiri :Susu sejat, gula halus, telur, esen vanila dan aluminium foil

Yang kat bawah ni pulak cara2 nak buat puding karamel, almaklum la, aku ni kannn, malas nak taip balik tok korang. So, pandai2 lah zoom in out off side









Haa, dah tengok kan cara memasak puding karamel ni? Agak lama jugak nak buat ni, sebab kukus kan, yang paling mencabar aku nak buat air gula tu masyaAllah agak payah jugak. Adik2 aku pun tukang tolong nengok dan tolong. Sapa lagi kalau bukan Adilah adikku sayang, nurin, Azree, Uteh, sape lagi ea? Dah ramai sangat adik tak ingat.

Dorang pun punyalah sabar tunggu aku masak, lepas siap tu nak sejukkan lagi, sampai la besok pagi. Guess what? Manis bhai puding karamel tu sbb aku letak susu sejat banyak jugak kan. Kan itu resepi memikat hati abah. Kalau nak tahu abah suka sangat bende2 manis. I know tak elok kan. Tapi aku bersyukur sangat2 sebab abah masih sihat dan tidak mengalami kencing manis. Mungkin sbb abah suka makan ulam2 yang pahit maka ia meneutralkan manis dan pahit. Apa aku cakap ni, seolah-olah aku pandai dalam bidang sains dari kertas litmus bertukar biru merah? HAHAHA. Namun anaknya pun dah banyak kali nasihat tapi itulah abah suka manis, sampai susu aku masa kecik2 pun ditaruk gula. Masa aku minum tu, kenapa taruk gula? Lepas tu aku nanges. 

Yela, taruk gula dalam susu mana sedap kot. Sape suruh mengada nak abah buatkan, masa tu aku kecik lagi umur baru bape tahun, selalu mak aku buat tapi haritu abah aku ada pulak kat rumah so aku pun mengada. Almaklum la, susah tau nak nampak abah kat rumah masa aliya sekolah dulu sebab abah ni kuat bekerja. Siang tidur, malam berjaga, kekadang 24jam kerja sampai besok pagi dah la penat. Tapi tu lah abah, seorang yg tabah, sayangkan anak2.

Dah kini tiba masanya untuk aku membalas keringat abah dengan mencuba resepi yg tidak seberapa ini. Hahak, mau kene gelak je. Tapi kalau korg nak tahu, kat rumah kita org, takdenye bende tak sedap. Semua sedap. So, puding karamel aku yg tak bape jadik ni pun seolah2 mcm masakan Chef Wan.

Serious, ko letak makanan kat atas meja, habis, sape suruh letak makanan sepah2, Kalau letak makanan kat peti ais lagi la, kejap je. Tetibe habis. Hahar.

Biasala adik-beradik ramai wey, ko tanya la sesapa adik-beradik ramai mesti lalui apa aku lalui. Tapi seronok, bile ko dah besar nnt ko teringat zaman2 kecik2 kau. huhuh

Ok, aku nak tunjuk karamel aku yang tak berapa nak menjadi ni, hahah

Mula2 kita tutup dulu, hehe

Jeng3


Inilah hasilnya

Ehem2, bezanya aku letak kat dua bekas je pun. Kebetulan aku buat manyak2 so ada la lebih tu kita simpan. Takde makne boleh simpan, kejap je tu, lepas aku ambil gambar nie, lesap puding karamel aku. HAHAHAHA. 

Aku gurau je, kite org makan masa sahur. Masetu aku nak bagi abah rasa, macam memalu lak, tapi last2 aku bagi jugak. Tak sangka abah suka siap tambah wey, harharhar.



No comments:

Post a Comment