JellyPages.com

Saturday 19 July 2014


Hari yang Menggembirakan Nur Aliya :)

Hello Buddies!!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi/petang/siang/malam

Hoho, captions pun dah macam nak buat iklan Digi kan. Ku bersamamu.... Jyeah, jyeah, jyeah. HAHAHA. Dah korang x yah nak havoc2 sama gua. Gua malas deh. Gua capik baru shopping di masjid Jamek or dikenali sebagai Masjid India. kekeke, Jauhnya kau perjalanan sampai ke India. Tapi Masjid India nie ada kat Malaysia okeh, bukan calang2 masjid. Moh le kite solat tarawih di sana. kihkihkih

Nth pape je kau aliya. nak turun surau bawah vista pun pemalas, ada hati nak solat terawih kat masjid India? Kene culik memalam baru tahu. Haha. Astagfirullahalazim... Lindungilah cik Nur Aliya...

Cetenye aku awal2 je rajin pi solat terawih, bila nak dekat2 raya nie, Ya Allah, rasa malasnya.. Ingat nak raya je, padahal kita haruslah menghayati bulan yang mulia ini. Sebenarnya aku rasa sedih juga nak tinggalkan bulan Ramadan. Tapi apa boleh buat, Life must go on. (Bajet2 lagu titanic) 

Masa pegi masjid India Cik Nur Aliya ditemani oleh sang bidadari dunia. hehehe, namanya wanie. Jangan memandai tau dia nie bakal doktor tulang. Dia sekarang belajar di berdekatan dengan rumah kita orang (Vista Komanwel A) iaitu di IMU. Apa? nak kenal? haha, boleh je, bagi contact number and pastikan hafal 30juzuk Al-Quran. HAHAHAHA. Demand lak aku, bukan aku yang empunya diri. 

 Yeay!! dapat jugak bergambar dengan bakal Doktor. Huhu

Kalau nak tahu, wanie nie la tulang belakang untuk aliya mengenal usrah, mengenal ayat2 Al-Quran, khususnya maksud disebalik ayat Al-Quran. Terima kasih wanie, hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan wanie :')

Sebenarnya, nak dekat setahun aliya mengimpikan mahu memahami maksud ayat Al-Quran. Namun, hanya Allah yang maha mengetahui akan tiap2 sesuatu. Mungkin sudah tertulis yang aliya akan berjumpa dengan insan seperti wanie yang baik hatinya, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mengajar aliya tentang Al-Quran. 

Sambung cete, rasa best sangat bulan ramadan x ada syaiton. So, pe agi, jom kita bersihkan hati kita yang kotor berdebu, berhabuk (basuh guna tangan) Apa kau ingat nie nak basuh baju ke cik Nur Aliya??? HAHA

Meh la kita membasuh dengan taubat nasuha, taubat yang suci. Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari dosa dan kemungkaran. Dengan rahmat Allah di bulan ramadan, marilah kita beribadat dengan penuh khusyuk dengan mengharapkan rahmat dari tuhan yang maha Esa :')

Okay, dah cete panjang lebar, sebenarnya pada tarikh 15/7/2014 hari selasa, Allah telah memakbulkan doa Aliya untuk membeli sebuah Al-Quran. Ya Allah, maha besar Allah, aliya dah lama sangat nak beli Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah cinta teragung dan mukjizat yang di berikan Allah kepada Nabi Muhammad dan menjadi penolong kepada umat manusia jika kita sentiasa mengamalkannya. Masya Allah :')

 Al-Quran cinta sejatiku :')
Nabi Muhammad pesuruh Allah :')

Dengan ini Aliya mahu kongsikan sedikit beberapa hadis yang memberitahu kita tentang kelebihan membaca Al-Quran.  Subhanallah.


Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)


""Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-sekali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).



Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:


"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah s.w.t (Al-Quran) maka baginya pahala satu hasanah (satu kebajikan) dan satu hasanah itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan alif lam min adalah satu huruf, melainkan alif satu huruf, lam satu huruf dan min satu huruf "



Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:


"Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah s.w.t maka dicatatkan untuknya hasanah berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat kitab Allah s.w.t maka ayat itu merupakan nur baginya kelak di hari kiamat"


Dari Insan yang mengharapkan rahmat Darinya: Nur Aliya :')






No comments:

Post a Comment